Rabu, 16 Januari 2013

rancangan tahunan krs


BULAN
MINGGU
AKTIVITI
RUJUKAN
Jan
1
Orientasi /Suaikenal/Pendaftaran

2
Mesyuarat Agung
Perlantikan AJK

Feb
3
KETATANEGARAAN
· Mengenal dan memahami Sejarah TKRS, Logo KRS, Bendera KRS,
· Menghafaz dan menyanyikan Lagu KRS
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 42
4
KETAHANAN DIRI
· Menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri
· Melakukan kawad asas dengan baik
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 43
Mac
5
SIMPULAN DAN IKATAN
· Simpulan Buku Sila
· Simpulan Bunga Keti
· Simpulan Manuk
· Simpulan Pengail
BANTU MULA
Mengenal komponen dalam peti bantu mula
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 44 – 45
6
KEUSAHAWANAN
· Mengenal peralatan dapur, kegunaan, penjagaan dan keselamatan
· Mengetahui dan menghasilkan jenis masakan ringkas seperti telur mata kerbau, sandwich dan ’scramble eggs’.
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 49
April
7
KEBUDAYAAN
· Menyertai atau mempersembahkan satu persembahan kebudayaan seperti nasyid, koir, pantun, dikir barat, syair dll.
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 43
8
KHIDMAS & ALAM SEKITAR
· Menyertai satu aktiviti gotong-royong di sekolah
· Menamakan jenis-jenis pokok hiasan yang terdapat di sekolah
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 47 – 48
Mei
9
KETAHANAN DIRI
· Kawad asas
· Menyertai perkhemahan selama 1 hari
KEBUDAYAAN
· Mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia.
· Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia.
KEUSAHAWANAN
· Pengenalan alat jahitan
· Pengenalan asas jahitan
IKHTIAR HIDUP
· Mengenali tanda-tanda isyarat.
· Menyalakan api
· Menyediakan menu dan makanan
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 44 – 49
10
ALAM SEKITAR
· Menamakan jenis-jenis pokok hiasan dan tumbuhan yang terdapat di sekolah
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 48
Jun
11
DISIPLIN DAN KEROHANIAN
· Membaca dan menghafaz surah 3 Qul
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas


12
DISIPLIN DAN KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL
· Menyenaraikan dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman
· Membaca dan menghafaz mana-mana 3 doa harian
· Memahami dan menghafal Prinsip-prinsip Rukun Negara
· Menyenaraikan perayaan kaum di Malaysia
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS m/s 41
Julai
13
UJIAN KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL TKRS

14
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
DISIPLIN DAN KEROHANIAN/ PENDIDIKAN MORAL
· Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama / Moral

15
PENGURUSAN DAN GAYA DIRI
· Tanggungjawab terhadap diri
· Memelihara kesihatan tubuh badan.
· Pengurusan diri.
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas

Ogos
16
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
KOMUNIKASI
Kaedah-kaedah ;
· Lisan
· Bertulis
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas

17
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
IKLIM
· Cuaca
· Suhu
· Hujan
· Tanda-tanda hujan

Sept
18
KETAHANAN DIRI
· Menyertai perkhemahan selama 1 hari
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas
Buku Panduan KRS&TKRS 44
19
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
KEBOMBAAN
· Pengenalan asas
· Pengenalan alat pemadam api di persekitaran sekolah
KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
· Kawad asas

Okt
20
PERKHEMAHAN BADAN UNIFORM SEKOLAH
REKREASI
· Keyakinan di air



Selasa, 15 Januari 2013

sejarah penubuhan krs


SEJARAH KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA) Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar daripada tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan, selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020.  Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD-DEEN). Mulai tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan; bernaung di bawah Kementerian Pendidikan telah dimulakan pada 10 Ogos 1993, dan satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid b. Wan Mohd Nordin, iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dalam pertemuan ini. Hasil daripada pertemuan tersebut, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet, dan jawatankuasa ini telah mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA-PUTERI ISLAM (KPIM).

Walaubagaimanapun, nama pasukan ini telah ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS). Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-pengarah bahagian Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada bulan Oktober 1993 telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah yang membuka keahliannya kepada semua kaum sama ada lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Pada bulan November-Disember tahun yang sama, seramai 300 orang guru telah dilatih sebagai jurulatih Kadet Remaja Sekolah peringkat negeri. Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah sebenarnya mempunyai keunikan konsep dan falsafahnya yang tersendiri yang membezakan pasukan ini dari pasukan-pasukan beruniform yang lain. Kegiatan yang dijalankan, digandingkan dengan unsur-unsur pengukuhan dan pemantapan jiwa dan rohani setiap anggota pasukan. Pelajar yang meanggotai pasukan ini bukan sahaja dibangunkan dari aspek jasmaninya melalui kegiatan kegiatan yang mencabar inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif, bahkan juga jiwa dan rohaninya melalui amalan-amalan langsung ibadah khusus dan umum.